Filem Mesingan Lewis

Fail:Stormtrooper lewisgun.jpgDalam filem Star Wars Storm trooper ini menggunakan senjata T-21

Di dalam filem The Professionals (1966), Lee Marvin dilihat menggunakan mesingan Lewis semasa membuat serangan ke atas kereta api.

Dalam filem High Road to China, mesingan Lewis dilihat digunakan di atas kapal terbang yang diterbangkan oleh O'Malley (lakonan Tom Selleck). Kemudian, apabila salah sebuah daripada kapal terbang tersebut terhempas, dia dilihat mengalihkan mesingan Lewis daripada kapal terbang untuk digunakan menghalang kemaraan pasukan infantri.

Di dalam filem The Sand Pebbles, kapal San Pablo dilengkapkan dengan dua laras mesingan Lewis.

Dalam filem Star Wars, salah seorang Storm trooper yang dihantar ke permukaan planet Tatooine menggunakan mesingan Lewis (dipanggil sebagai senjata T-21). Kelopak peluru di atas senjata tersebut telah dibuang sementara permukaan senjata tersebut diubahkan.